-->

OptiOnyOus

Pengumuman

Tuesday, June 28, 2011

Personaliti mengikut jenis rambut


Rambut. Sesuatu yg berada di atas kepala. Itu adalah rambut. Korang ada rambut kan? [sila gosok kepala anda untuk kepastian]. Rambut korang jenis apa? Lurus? Kerinting? Tengok cermin. Korang tahu x, jenis-jenis rambut ni melambangkan personaliti korang? Nak tahu rambut korang jenis yg macam mana dan personaliti korang, baca dan nilai:

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan





2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung





3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah





4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.




5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.





6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.





7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.





8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.





9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: ataupun seseorang yg malas sikat rambut.. hehhe





10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

So, rambut korang jenis yg macam mana? Tapi terfikir pulak aku, contohnya rambut kita jenis yg kerinting, kalau nk luruskan, x payah pergi salloon, cuma ubah personaliti je, mesti rambut korang berubah kepada rambut yg diimpikan. Try lahh. Daun serai daun tahu, belum try belum tahu..

Monday, June 27, 2011

Sejarah Zombi

Terfikir pulak aku nak bercerita tentang zombi. Aku tahu, cakap je pasal zombi korang gambarkan suatu makhluk yg menakut dan mengerikan. Korang tahu x sebenarnya zombi ni muka dia biasa-biasa je. Malah lagi hensehm dari korang. HAHA. Tak percaya? Ni gambarnya:

Hensehm kan? Nama gambar ni  Clairvius Narcisse, dari Haiti. 

Pada 1962,  Narcisse dijual kepada salah satu dukun Voodoo oleh saudara lelakinya kerana dia menolak menjual bahagian wasiatnya yg berupa tanah keluarga. Selepas itu Narcisse  di-meninggal-kan [dibunuh] “sementara” dan dikuburkan oleh dukun. Beberapa hari kemudian, tepat pada tanggal 2 Mei dia dibangkitkan kembali dan diberi makan makanan yg seperti pasta yg diperbuat daripada tanaman Datura yg jika diberikan ia akan menimbulkan efek Hallusinogenik dan menyebabkan memory loss (hilang ingatan) dan dijadikan zombie untuk diperkejakan di perkebunan tebu bersama para pekerja zombie lainnya . Sang Bokor (sebutan untuk seorang dukun ilmu hitam di Haiti) kemudian memaksanya untuk bekerja di perkebunan tebu bersama dengan zombi-zombi yg lain. Sampai akhirnya pada tahun 1980 Sang Bokor tersebut meniggal dunia. Setelah kematian “tuannya”, efek dari Hallusinogen mulai berkurang, Narcisse pun sedikit demi sedikit mendapatkan kembali kewarasannya dan kembali ke keluarganya setelah sekian lama. Namun ada juga yang menyebutkan bahwa Narcisse dan kawan-kawannya (para Zombie) menyebar dan mengembara ke seantero Haiti selama 16 tahun sehingga para “anggota geng” ini ditangkap semuanya. Memang tidak ada informasi yang jelas dan kongkret mengenai hal tersebut.

Dari kisah Narcisse juga sebenarnya terbukti bahawa Zombi sebenarnya adalah manusia biasa yg sengaja dibuat menjadi setengah bernyawa untuk diperalatkan. Zombi berasal dan muncul pertama kali dari Pulau Haiti di Karibia. Di tempat tersebut banyak terdapat dukun-dukun yang menguasai berbagai ilmu hitam, termasuk voodoo. 

Istilah Voodoo (Vodun di Benin; juga Vodou, Voudou, atau ejaan lain yg bunyinya serupa di Haiti; Vudu di Republik Dominika) diberikan kepada cabang-cabang dari suatu tradisi keagamaan spiritis-animis yg berasal dari leluhur bangsa Afrika Barat. Akarnya beraneka ragam dan mencakup bangsa Fon, Ewe, dan Yoruba dari Afrika Barat, dari Nigeria barat hingga Ghana timur. Di Benin, Vodun adalah agama nasional, dan dianut oleh sekitar 60% dari penduduknya, atau sekitar 4½ juta orang. Kata vodĂșn berasal dari kata Fon-Ewe yang berarti roh. Di tempat lain, Voodoo sangat dipengaruhi oleh tradisi-tradisi Afrika Tengah. Dan menurut kepercayaan, hanya orang-orang yang menguasai Voodoo yang bisa menciptakan Zombie dan mereka ini dikenal dengan sebutan Bokor.

Sampai disini sahaja aku boleh kongsi info tentang zombi. Janganlah tertipu  dengan cerita-cerita yg menggambarkan zombi merupakan suatu makhluk yg bunuh orang dan menakutkan. Akhirnya, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~ xD

Sunday, June 26, 2011

Pakaian Pelik

Jepun. Tahu tak tempat tu. hah? tak tahu? Ade aku kisah? HAHA. Lari topik sudah. Kali nie aq nk kongsi pasal pakaian yg pelik yg dipakai oleh penghuni-penghuni di Jepun. Sini ada gambarnya.








HAHA! Puas? Aku rasa kalau dekat Malaysia macam nie le. Ramai orang mati. Yelah, lintas jalan x pandang kiri kanan, asyik tengok orang yg pakai camni je. Terus, GEDEBANG!!! Kan dah.. Apa-apa pun, aku just kongsi. Korang fikir, korang nilai.

Jangan Hilang Jati Diri Kerana Putus Cinta

Sesetengah lelaki berasakan hidup sudah berakhir apabila putus cinta. Kehilangan benar-benar membuatkan mereka tidak kuat menghadapinya. Bayangkan korang sudah menemui wanita idaman yg sangat sempurna tapi tiba-tiba hubungan berakhir. Kalau ini yg korang hadapi, apa yg perlu dilakukan?

1. Jujur pada diri sendiri
Jujurlah pada diri sendiri. Tanyalah kepada diri adakah korang perlu menangis kerana orang lain? Kemonlah brader, x macholah camni. Aku rase korang pun dah tahu jawapannya kalau korang jujur pada diri sendiri.

Korang x janganlah menderita kerananya, sebaliknya bangkitlah demi masa depan korang sendiri. Pandang ke hadapan bahawa masa depan korang masih lagi jauh dan banyak lagi yg perlu korang kejar dan pelajari dari kehidupan. Jangan kerana seorang wanita, hidup korang derita. Bangkitlah dari semua kesulitan dan kesukaran.

2. Marah
Aku percaya, kalau korang dah lalui semua ini, hanya satu sahaja perasaan yg tinggal dalam diri korang iaitu marah. Korang tentu marah kepadanya kerana meninggalkan korang! Korang juga tentu marah kepada diri sendiri kerana gagal memikat hatinya!

Dari Abu Hurairahra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. "Berilah wasiat kepada aku". Sahut Nabi: "Janganlah engkau marah". Kemudian dia mengulangi beberapa kali. Sabda Nabi: "Janganlah engkau marah." Riwayat oleh imam Bukhari. Maksud "jangan marah" dalam hadis ini adalah tidak menurut kepada nafsu kemarahan.

Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari sifat manusia yg x mungkin dihapuskan. Sabda Nabi pada hadis yg lain: "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yg menyala-nyala dalam hati anak Adam". Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat-urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: "Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api.  Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwuduk". Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: "Apabila marah seorang kamu yg sedang berdiri maka hendaklah ia duduksupaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring".

Cuba korang lihat kesan disebalik kemarahan. Ia akan melenyapkan seluruh diri anda sebagai insan yg dahulunya mungkin punya jati diri. Justeru itu, jangan kerana seorang wanitaa, korang akan kehilangan jati diri.

3. Jangan terlalu stres
Hidup penuh cabaran. Ramai yg kecundang dan x kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan. Korang tahu x, ada kes-kes putus cinta berakhir dengan kematian.

Ini kerana, ada lelaki tidak dapat menerima hakikat bahawa cinta mereka terputus di tengah jalan. Ada juga yg mengalami kemurungan teruk sehingga timbulnya masalah halusinasi yg mana mereka mendengar suara-suara ghaib.

Sebaiknya, jangan terlalu stres kerana putus cinta bukanlah penamat kepada sesebuah kehidupan. Ingat Allah yg Maha Pencipta kerana setiap apa yg terjadi, ada hikmahnya. Korang perlu menjaga emosi dan fizikal dan jangan beranggapan putus cinta adalah penamat bagi segala-galanya. Yakinlah korang akan menemui orang yg sesuai dengan diri korang. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya melainkan membuatkan diri sengsara.

Saturday, June 25, 2011

8 Faktor Jejaskan Kecantikan Bibir

Ramai di kalangan kita yg kurang prihatin dengan penjagaan bibir dan membiarkan beberapa faktor terus menjejaskan kecantikan bibir. Antara faktor tersebut adalah:


Pigmentasi pada bibir
Pigmentasi berlaku apabila penggunaan alat komestik yg boleh memberikan alahan atau radang pada bibir. Pigmentasi juga sering dilihat pada mereka yg merokok juga mereka yg sering berada di bawah sinaran matahari.


Pigmentasi menyebabkan warna bibir tampak kusam dan tidak kelihatan merah. Sesetengah minuman bergas juga boleh menyebabkan pigmentasi ini.


Rawatan yg baik bagi masalah ini ialah penggunaan pelembab bibir yg mengandungi glycolic asid. Laser seperti Q Switch [medite]  sesuai bagi mengahapuskan pigmentasi sebegini.


Saiz bibir
Bibir yg menarik mempunyai saiz yg hampir sama bagi bibir atas dan bibir bawah. Masalah bibir bawah terlalu nipis seseorang nampak terlalu serius kerana sukar baginya utk mengukir senyuman. Senyuman yg diukir pula tidak jelas kelihatan menjadikan raut wajahnya masam. Bagai mereka yg mempunyai bibir atas yg kecil akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar kerana bibirnya menutup gigi dan gursi.


Bentuk bibir
Bagi kebanyakan kita, bentuk bibir asal sudah memadai, ia tidak perlu diubah suai lagi. Namun ada juga yg mempunyai bentuk bibir yg tidak seimbang., iaitu sebelah kiri lebih besar dari sebelah kanan. Ia membuatkan bibir tampak senget apabila tersenyum.


Bentuk bibir sebegini boleh dibetulkan denagn mudah dgn adanya teknologi filler bagi bibir. Filler bibir diperbuat daripada jalinan asid hyaluronik yg pekat dan stabil. Penggunaannya mudah dan memberikan hasil yg cepat dan memuaskan. Cara ini membolehkan pengubahsuaian dibuat tanpa sebarang pembedahan


Hormon
Apabila usia menjangkau tiga puluhan, bibir wanita akan mengalami pengecutan. Ini kerana bibir wanita dipengaruhi  oleh kehadiran hormon wanita. Apabila paras hormon menurun maka bibir juga mengecil. Itu sebab wanita pertengahan usia rata-rata mempunyai bibir yg nipis dan kurang menarik.. Penambahan filler boleh meningkatkan kecantikan bibir.


Bibir bergaris
Bibir yg kelihatan bergaris juga tidak cantik, apabila gincu disapukan ia tidak tampak rata. Korang boleh mengatasi masalah ini dengan filler yg sesuai. Filler mampu meningkatkan kepadatan dalam bibir sekali gus mengurangkan kesan garisan mahu pun kedutan pada bibir korang. Bibir yg bergari tampak seolah olah berkedut dan membuatkan seseorang itu nampak tua.


Dagu pendek
Dagu yg terlalu pendek dan kecil membuatkan bibir tampak menguncup. Bibir bawah terutamanya tampak kecil apabila seseorang mempunyai dagu yg kecil. Saiz dagu boleh ditingkatkan denagn penggunaan filler dan bibir parti tampak lebih baik.


Bulu halus di sekitar bibir [misai]
Kehadiran bulu menyebabkan wajah kehilangan titik tumpu. Bibir yg sepatutnya mencuri tumpuan menjadi terganggu keran bulu roma sebegini. Bagi menyingkirkan bulu roma kita korang boleh gunakan laser yg lembut seperti suprano. Suprano ialah diod laser, ia memutihkan kulit sekali gus menghalang kemunculan bulu roma dari tumbuh semula dengan memusnahkan sehingga ke akar bulu roma tersebut.


Kedutan sekitar mulut [smokers line]
Kedutan sebegini kerap melanda tertumanya bagi mereka yg merokok. Ini sangat menjejaskan penampilan bibir. teknologi terkini ialah dengan menggunaka BTA bagi melemahkan otot yg menghasilkan kedutan. Suntikan BTA boleh dibuat enam hingga lapan bulan sekalibagi mendapatkan bibir yg cantik tanpa kedutan. Biasanya suntikan dibuat di sekeliling bibir dan kesannya dpt dilihat selepas beberapa hari.


sumber : www.marissa_esthetic.com

Dibenci dan Membenci

Korang pernah dibenci? Mungkin korang tak perasan yg seseorang sedang membenci korang. Ada sesetengah individu tahu or cepat perasan bahawa dia sedang dibenci. Apakah riaksi korang kalau dibenci? Adakah korang membenci dia balik?

Apabila anda dibenci, janganlah menjauhkan diri daripada seseorang yg sedang membenci korang itu. Sebaliknya anda rapatkan lagi hubungan korang dengan dorang. Misalnya jika dorang amat-amat memerlukan sesuatu pertolongan, tampilkanlah diri korang untuk membantunya ataupun dengan mendiamkan diri sahaja pun sudah memadai. Biarkan sahaja dorang membenci kita. Kalau orang baling tahi dekat kita, jangan dibalas dengan tahi, sebaliknya balaslah dengan bunga dan janganlah tambahkan bara api, kelak apinya marak dan mungkin akan membakar kita semula.

Ataupun korang membenci seseorang? Jawab sendiri. Cuba lihat diri korang, Adakah diri korang tu terlampau sempurna untuk membenci seseorang? Ye, aku tahu ade kalanya korang membenci seseorang itu sebab dia telah buat sesuatu yg tidak akan dilupakan sepanjang hidup korang. Itu memang patutlah kot, hahha. Tapi bagaimana jika anda membenci seseorang yang padahal dia tidak pernah membenci korang. Apa yg kita dapat? Kepuasan? hahha, tengkorak kau puas. Orang cari kawan kau cari musuh. Lama-lama mati pun kau tanam sendiri. 

Fikirlah sendiri..

Pasangan yang Suka Timbulkan Masalah

Korang ade gf/bf ? pernah tak gf/bf korang menyakitkan hati korang? Rasenye ade. Setiap perhubungan mesti ade pahit manisnya. Ok, sekarang nie aku nk cerite tentang gf/bf yg slalu menyakitkan hati kita. Contoh situasi yg aku nak tekankan: gf/bf slalu mengungkit pasal org yg kite suke time berjumpa, call or sms.

Gf/bf korang tahu yg korang sukakan seorang minah/mamat dan dalam waktu yg sama. Walaubagaimanapun, korang hanya menyukai beliau dan tidak terlintas pun utk menjadikan beliau pasangan gelap korang [tak tahulah aku kalau ade yg mcm nie]. Namun setiap kali berjumpa, senang kata berdepan, gf/bf korang pasti akan menyebut nama orang yang korang suka tu. Contohnya : Yelahh, b kan x secantik/sehensem someone

Aku nak nasihatkanlah, JANGAN SUKA TIMBULKAN MASALAH. Nak tau tak, kalau korang selalu buat macam nie, pasangan korang akan naik menyampah dengan korang. Ye, memang patut pun korang buat begitu SEKIRANYA PERLU. Tapi janganlah terlampau sangat. Tapi kalau korang tau yg dia dah mula nak berikan kasih sayang kepada orang yang dia suka, cepat-cepatlah bertindak. Antaranya, buat dia berasa happy dengan korang ke, buat dia senang, selesa ketike berada di sisi korang ke, korang ubah style korang dari yang menarik ke lebih menarik ke, takpun korang hapuskan orang yang dia suka tu, hahha, janganlah kejam sangat. Terpulanglah pada sikap dan cara masing-masing utk menangani masalah ini. Ingatlah, hati manusia mana yang keras cam batu? Kasi potong kuku gua lahh kalau ade! kuku je, jangan nk over.

By the way, aku just nasihat je. Tapi setiap orang mesti ade care masing-masing kan? tak gitu? Chell:)