-->

OptiOnyOus

Pengumuman

Saturday, June 25, 2011

Dibenci dan Membenci

Korang pernah dibenci? Mungkin korang tak perasan yg seseorang sedang membenci korang. Ada sesetengah individu tahu or cepat perasan bahawa dia sedang dibenci. Apakah riaksi korang kalau dibenci? Adakah korang membenci dia balik?

Apabila anda dibenci, janganlah menjauhkan diri daripada seseorang yg sedang membenci korang itu. Sebaliknya anda rapatkan lagi hubungan korang dengan dorang. Misalnya jika dorang amat-amat memerlukan sesuatu pertolongan, tampilkanlah diri korang untuk membantunya ataupun dengan mendiamkan diri sahaja pun sudah memadai. Biarkan sahaja dorang membenci kita. Kalau orang baling tahi dekat kita, jangan dibalas dengan tahi, sebaliknya balaslah dengan bunga dan janganlah tambahkan bara api, kelak apinya marak dan mungkin akan membakar kita semula.

Ataupun korang membenci seseorang? Jawab sendiri. Cuba lihat diri korang, Adakah diri korang tu terlampau sempurna untuk membenci seseorang? Ye, aku tahu ade kalanya korang membenci seseorang itu sebab dia telah buat sesuatu yg tidak akan dilupakan sepanjang hidup korang. Itu memang patutlah kot, hahha. Tapi bagaimana jika anda membenci seseorang yang padahal dia tidak pernah membenci korang. Apa yg kita dapat? Kepuasan? hahha, tengkorak kau puas. Orang cari kawan kau cari musuh. Lama-lama mati pun kau tanam sendiri. 

Fikirlah sendiri..

No comments:

Post a Comment