-->

OptiOnyOus

Pengumuman

Saturday, June 25, 2011

8 Faktor Jejaskan Kecantikan Bibir

Ramai di kalangan kita yg kurang prihatin dengan penjagaan bibir dan membiarkan beberapa faktor terus menjejaskan kecantikan bibir. Antara faktor tersebut adalah:


Pigmentasi pada bibir
Pigmentasi berlaku apabila penggunaan alat komestik yg boleh memberikan alahan atau radang pada bibir. Pigmentasi juga sering dilihat pada mereka yg merokok juga mereka yg sering berada di bawah sinaran matahari.


Pigmentasi menyebabkan warna bibir tampak kusam dan tidak kelihatan merah. Sesetengah minuman bergas juga boleh menyebabkan pigmentasi ini.


Rawatan yg baik bagi masalah ini ialah penggunaan pelembab bibir yg mengandungi glycolic asid. Laser seperti Q Switch [medite]  sesuai bagi mengahapuskan pigmentasi sebegini.


Saiz bibir
Bibir yg menarik mempunyai saiz yg hampir sama bagi bibir atas dan bibir bawah. Masalah bibir bawah terlalu nipis seseorang nampak terlalu serius kerana sukar baginya utk mengukir senyuman. Senyuman yg diukir pula tidak jelas kelihatan menjadikan raut wajahnya masam. Bagai mereka yg mempunyai bibir atas yg kecil akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar kerana bibirnya menutup gigi dan gursi.


Bentuk bibir
Bagi kebanyakan kita, bentuk bibir asal sudah memadai, ia tidak perlu diubah suai lagi. Namun ada juga yg mempunyai bentuk bibir yg tidak seimbang., iaitu sebelah kiri lebih besar dari sebelah kanan. Ia membuatkan bibir tampak senget apabila tersenyum.


Bentuk bibir sebegini boleh dibetulkan denagn mudah dgn adanya teknologi filler bagi bibir. Filler bibir diperbuat daripada jalinan asid hyaluronik yg pekat dan stabil. Penggunaannya mudah dan memberikan hasil yg cepat dan memuaskan. Cara ini membolehkan pengubahsuaian dibuat tanpa sebarang pembedahan


Hormon
Apabila usia menjangkau tiga puluhan, bibir wanita akan mengalami pengecutan. Ini kerana bibir wanita dipengaruhi  oleh kehadiran hormon wanita. Apabila paras hormon menurun maka bibir juga mengecil. Itu sebab wanita pertengahan usia rata-rata mempunyai bibir yg nipis dan kurang menarik.. Penambahan filler boleh meningkatkan kecantikan bibir.


Bibir bergaris
Bibir yg kelihatan bergaris juga tidak cantik, apabila gincu disapukan ia tidak tampak rata. Korang boleh mengatasi masalah ini dengan filler yg sesuai. Filler mampu meningkatkan kepadatan dalam bibir sekali gus mengurangkan kesan garisan mahu pun kedutan pada bibir korang. Bibir yg bergari tampak seolah olah berkedut dan membuatkan seseorang itu nampak tua.


Dagu pendek
Dagu yg terlalu pendek dan kecil membuatkan bibir tampak menguncup. Bibir bawah terutamanya tampak kecil apabila seseorang mempunyai dagu yg kecil. Saiz dagu boleh ditingkatkan denagn penggunaan filler dan bibir parti tampak lebih baik.


Bulu halus di sekitar bibir [misai]
Kehadiran bulu menyebabkan wajah kehilangan titik tumpu. Bibir yg sepatutnya mencuri tumpuan menjadi terganggu keran bulu roma sebegini. Bagi menyingkirkan bulu roma kita korang boleh gunakan laser yg lembut seperti suprano. Suprano ialah diod laser, ia memutihkan kulit sekali gus menghalang kemunculan bulu roma dari tumbuh semula dengan memusnahkan sehingga ke akar bulu roma tersebut.


Kedutan sekitar mulut [smokers line]
Kedutan sebegini kerap melanda tertumanya bagi mereka yg merokok. Ini sangat menjejaskan penampilan bibir. teknologi terkini ialah dengan menggunaka BTA bagi melemahkan otot yg menghasilkan kedutan. Suntikan BTA boleh dibuat enam hingga lapan bulan sekalibagi mendapatkan bibir yg cantik tanpa kedutan. Biasanya suntikan dibuat di sekeliling bibir dan kesannya dpt dilihat selepas beberapa hari.


sumber : www.marissa_esthetic.com

No comments:

Post a Comment