-->

OptiOnyOus

Pengumuman

Sunday, June 26, 2011

Jangan Hilang Jati Diri Kerana Putus Cinta

Sesetengah lelaki berasakan hidup sudah berakhir apabila putus cinta. Kehilangan benar-benar membuatkan mereka tidak kuat menghadapinya. Bayangkan korang sudah menemui wanita idaman yg sangat sempurna tapi tiba-tiba hubungan berakhir. Kalau ini yg korang hadapi, apa yg perlu dilakukan?

1. Jujur pada diri sendiri
Jujurlah pada diri sendiri. Tanyalah kepada diri adakah korang perlu menangis kerana orang lain? Kemonlah brader, x macholah camni. Aku rase korang pun dah tahu jawapannya kalau korang jujur pada diri sendiri.

Korang x janganlah menderita kerananya, sebaliknya bangkitlah demi masa depan korang sendiri. Pandang ke hadapan bahawa masa depan korang masih lagi jauh dan banyak lagi yg perlu korang kejar dan pelajari dari kehidupan. Jangan kerana seorang wanita, hidup korang derita. Bangkitlah dari semua kesulitan dan kesukaran.

2. Marah
Aku percaya, kalau korang dah lalui semua ini, hanya satu sahaja perasaan yg tinggal dalam diri korang iaitu marah. Korang tentu marah kepadanya kerana meninggalkan korang! Korang juga tentu marah kepada diri sendiri kerana gagal memikat hatinya!

Dari Abu Hurairahra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. "Berilah wasiat kepada aku". Sahut Nabi: "Janganlah engkau marah". Kemudian dia mengulangi beberapa kali. Sabda Nabi: "Janganlah engkau marah." Riwayat oleh imam Bukhari. Maksud "jangan marah" dalam hadis ini adalah tidak menurut kepada nafsu kemarahan.

Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari sifat manusia yg x mungkin dihapuskan. Sabda Nabi pada hadis yg lain: "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yg menyala-nyala dalam hati anak Adam". Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat-urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: "Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api.  Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwuduk". Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: "Apabila marah seorang kamu yg sedang berdiri maka hendaklah ia duduksupaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring".

Cuba korang lihat kesan disebalik kemarahan. Ia akan melenyapkan seluruh diri anda sebagai insan yg dahulunya mungkin punya jati diri. Justeru itu, jangan kerana seorang wanitaa, korang akan kehilangan jati diri.

3. Jangan terlalu stres
Hidup penuh cabaran. Ramai yg kecundang dan x kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan. Korang tahu x, ada kes-kes putus cinta berakhir dengan kematian.

Ini kerana, ada lelaki tidak dapat menerima hakikat bahawa cinta mereka terputus di tengah jalan. Ada juga yg mengalami kemurungan teruk sehingga timbulnya masalah halusinasi yg mana mereka mendengar suara-suara ghaib.

Sebaiknya, jangan terlalu stres kerana putus cinta bukanlah penamat kepada sesebuah kehidupan. Ingat Allah yg Maha Pencipta kerana setiap apa yg terjadi, ada hikmahnya. Korang perlu menjaga emosi dan fizikal dan jangan beranggapan putus cinta adalah penamat bagi segala-galanya. Yakinlah korang akan menemui orang yg sesuai dengan diri korang. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya melainkan membuatkan diri sengsara.

No comments:

Post a Comment